Berita Terkini
| Selamat Datang Ke Laman FesSTIS |
![]() Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana agenda Festival Sains Teknologi & Inovasi Selangor 2010 (FesSTIS'10) dapat diteruskan buat kali kedua pada tahun ini. Pencapaian yang diperolehi pada tahun 2009 iaitu kali pertama festival ini diadakan amat memberangsangkan untuk saya meneruskan perjuangan pada tahun ini. Tema yang dibawa pada tahun ini "Rakyat Kreatif Selangor Inovatif" akan dilaksanakan bagi mengiktiraf sumbangan rakyat kepada kerajaan negeri dalam membangunkan teknologi dan inovasi ini. Penganjuran Festival Sains Teknologi & Inovasi Selangor 2010 diharapkan dapat memupuk rakyat untuk lebih berkreativiti dan berinovatif, bukan sahaja kepada golongan intelektual malahan ia dapat menarik semua lapisan masyarakat di Negeri Selangor ini. Menyedari kepentingan ini, Sekretariat STI Negeri Selangor dan beberapa organisasi lain telah berpadu tenaga menganjurkan festival tahunan ini dengan harapan untuk menjadi platform bagi melahirkan rakyat kreatif khususnya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Akhir kata, saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan FesSTIS'10 ini
YB Puan Rodziah Ismail |

