Info FesSTIS

 

Tema FesSTIS 2010 pada kali ini:

"RAKYAT KREATIF SELANGOR INOVATIF"

PENAUNG

Penaung dan Perasmi FesSTIS 2010 :
" YAB . Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor Darul Ehsan"

TARIKH

FesSTIS 2010 pada asasnya telah bermula dari Macl hingga Jun 2010 iaitu selama 3 bulan. Pra pelancarannya telah diadakan pada 26 Mac 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK oleh YB. Puan Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor.

IKLAN

Kepada pihak-pihak yang berminat mengambil pakej penajaan samada dari Badan Kerajaan atau Bukan Kerajaan terutama syarikat-syarikat berkaitan Sains Teknologi dan Invoasi akan mendapat pelbagai kelebihan disamping membantu menjayakan karnial yang julung kali diadakan ini.

Pakej penajaan adalah seperti berikut :

  1. Penajaan Utama (Sumbangan sebanyak RM30,000)
    • Akan ditawarkan pakej seperti berikut :
      • Ruang niaga berukuran 20' x 20'
      • Logo syarikat pada semua bahan promosi melalui media cetak & media elektronik
      • 1 jam slot promosi / pentas sepanjang 3 hari pameran
    • Ruang Iklan Syarikat di buku program (full page back cover)
  2. Penajaan Bersama (Sumbangan sebanyak RM10,000)
    • Akan ditawarkan pakej seperti berikut :
      • Ruang niaga berukuran 10' x 10'
      • Logo syarikat pada semua bahan promosi melalui media cetak & media elektronik
      • 2 jam slot promosi / pentas
    • Ruang Iklan Syarikat di buku program (half page)
  3. Penajaan Lain (in-kind sponsorship)
    • Mencetak segala bahan promosi (bunting, banner, brochure, buku program, backdrop, sijil, poster) sepanjang Festival Sains Teknologi & Inovasi Selangor2010
    • Kos pengiklanan TV, Radio dan surat khabar
    • Membekal uniform untuk urusetia FesSTIS'10 sebanyak 150 unit, serta membekal pen, buku nota, tag nama dan lanyard serta beg kertas untuk tujuan cenderahati dan goody bags
    • Membekal makan minum untuk VIP, peserta seminar dan urusetia sepanjang festival
    • Membekal hadiah dan cenderahati (hamper, cenderahati VIP, trofi dan saguhati urusetia)

Ada di antara pengusaha produk barangan ict, dan kesihatan mempunyai duta untuk produk tersebut dan ini memberi ruang dan peluang untuk penaja membawa duta mereka bertemu dengan pelanggan.

Penaja juga diberi slot program di pentas utama dan acara-acara dalam program yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.