|
Anugerah Inovasi Cemerlang |
 PENGENALAN Anugerah Inovasi Cemerlang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Induk Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor (STANDCO STI) adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan menggalakkan masyarakat yang terdiri daripada saintis, ahli akademik, penyelidik, profesional, pelajar dan masyarakat umum untuk menjadi lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Disamping itu ia juga diharapkan dapat memberi panduan kepada pengkomersilan produk penyelidikan diperingkat tempatan dan antarabangsa. Di dalam persekitaran ekonomi hari ini, inovasi dan pengkomersilan penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah faktor utama menjana pertumbuhan ekonomi, kejayaan dan mengawal persaingan di dalam pasaran global. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN - Peringkat Penciptaan Kegunaan Industri
- Peringkat Penciptaan Kegunaan Awam
OBJEKTIF - Meningkatkan minat dan sokongan masyarakat di dalam bidang sains, teknologi dan invoasi serta menggalakkan pemikiran saintifik di kalangan mereka.
- Mengurangkan jurang sosio-ekonomi dan jurang digital ICT di kalangan rakyat Negeri Selangor melalui sains, teknologi dan inovasi.
- Merakyatkan sains, teknologi dan inovasi dengan memberikan peluang dan ruang bagi sains, teknologi dan inovasi tersebut untuk menghasilkan makna dan nilai dalam kehidupan harian mereka, selaras dengan dasar merakyatkan ekonomi Selangor (MES).
ANUGERAH | KATEGORI | ANUGERAH | | Kategori A Peringkat Penciptaan Kegunaan Industri | | Tempat Pertama | : | RM 8,000.00 *Beserta trofi dan sijil | | Tempat Kedua | : | RM 5,000.00 *Beserta trofi dan sijil | | Tempat Ketiga | : | RM 3,000.00 *Beserta trofi dan sijil | Saguhati
| | RM 200.00 x 3 *Beserta trofi dan sijil | | | Kategori B Peringkat Penciptaan Kegunaan Awam
| | Tempat Pertama | : | RM 8,000.00 *Beserta trofi dan sijil | | Tempat Kedua | : | RM 5,000.00 *Beserta trofi dan sijil | | Tempat Ketiga | : | RM 3,000.00 *Beserta trofi dan sijil | | Saguhati | | RM 200.00 *Beserta trofi dan sijil | | AKTIVITI | TARIKH | AKTIVITI | | 26 Mac 2010 | | 1. | Pelancaran penyertaan | | 2. | Penghantaran abstrak, produk dan gambar produk bagi penilaian awal | | 3. | Makluman Pengesahan penerimaan | | | | 20 Mei 2010 | | | | 21 Mei 2010 | | Pemilihan calon finalis yang layak oleh panel | | | | 28 Mei 2010 | | Pengumuman peserta peringkat akhir | | | 11-13 Jun 2010 | | Pameran produk oleh peserta peringkat akhir | | | 13 Jun 2010 | | Penyampaian anugerah oleh YAB Dato' Menteri Besar | | |