Berita Terkini
| Program ICT |
|
Latihan ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan capaian dan peluang yang sama rata (equal access, equal opportunity) terhadap ICT dikalangan masyarakat dengan cara mempelajari dan menggunakan aplikasi ICT untuk berurusan dengan kerajaan melalui pelbagai aplikasi-aplikasi e-kerajaan seperti pembayaran cukai secara online, portal E-bu, portal I-bantu, Tawas, Warga Emas dan berbagai-bagai lagi. Seterusnya ia diharap dapat menyumbang kepada pengurangan jurang digital di negeri Selangor. Kerajaan Persekutuan melalui inisiatif National Broadband Plan (NBP) dan Klang Valley Broadband Push (KVBP90) telan mensasarkan capaian internet jalur lebar bagi isi rumah di Malaysia sebanyak 50% manakala untuk Lembah Klang sebanyak 90%, maka STANDCO STI berpendirian untuk membantu usaha ke arah mencapai sasaran tersebut. Jawatankuasa Kecil Latihan ini dipengerusikan oleh Setiausaha Bahgian ICT. Kumpulan sasar yang telah dikenalpasti untuk ditawarkan menyertai latihan ini adalah seperti berikut :
Lokasi (Makmal) yang akan digunakan sepanjang latihan ini adalah :
Jawatankuasa Induk FesSTIS'10 juga bercadang untuk mengadakan siri roadshow bagi mengadakan "Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Penutup Latihan" di semua daerah/kawasan dengan melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri serta kepimpinan diperingkat akar umbi bertujuan untuk memberi kesedaran dan mesej bahawasanya Kerajaan Negeri serius dan memberikan penumpuan terhadap usaha-usaha pembudayaan sains, teknologi dan inovasi.
|