pertandingan animax

TEMA

"ANIMASI KREATIF DAN INOVATIF"

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan imej dan mempromosikan bakat dikalangan masyarakat umum.
  2. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemampuan kepada pelajar dalam bidang ICT.
  3. Menggalakkan minat penuntut dalam pembangunan mengaplikasikan ICT.
  4. Memberi peluang kepada pelajar dalam proses menjana idea dan kreativiti dalam aplikasi ICT.

 

KATEGORI

Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar IPT terletak di Lembah Klang sahaja.

 

HADIAH

Tempat Pertama :: RM 5,000.00 sijil penghargaan & trofi
Tempat Kedua    :: RM 3,000.00 sijil penghargaan & trofi
Tempat Ketiga    :: RM 1,000.00 sijil penghargaan & trofi 
Saguhati             :: RM 200.00 x 3 sijil penghargaan & trofi

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya 3 orang.
  2. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu kumpulan sahaja.
  3. Setiap IPT boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya layak untuk satu hadiah sahaja.
  4. Pemilihan aplikasi medium multimedia adalah bebas seperti Movie Maker, MS PowerPoint, Ulead, Adobe Flash, SwishMax, Pinnacle, Maya. 3D Studio Max, LightWeight dan lain-lain.
  5. Jangkamasa yang diperuntukkan dalam sesuatu animasi adalah 3 hingga 5 minit.
  6. Sepuluh penyertaan terbaik akan dihubungi oleh pihak penganjur bagi mempersembahkan hasil kerja masing-masing yang akan diadili oleh juri-juri profesional.  Jangkamasa yang diperuntukkan bagi sesi penerangan dan soal jawab adalah 10 minit.
  7. Tarikh tutup akhir borang penyertaan adalah pada 9 Julai 2010
  8. Hasil kerja adalah ASLI dan produk mestilah tidak menyertai mana-mana pertandingan lain.
  9. Pihak pengurusan mempunyai hak untuk menyimpan dan menggunakan produk animasi untuk tujuan lain.
  10. Setiap perkara atau keputusan dibincangkan adalah muktamad.
  11. Penyertaan dari pihak atau keluarga penganjur adalah tidak dibenarkan.
  12. Pertandingan ini hanya terbuka kepada penuntut IPT disekitar Lembah Klang sahaja.
  13. Yuran penyertaan adalah RM30 untuk satu kumpulan.
  14. Untuk pembayaran menerusi deposit tunai dan cek boleh dibayar atas nama FESSTIS. SDN. BHD. Nombor Akaun MAYBANK : 562106227292
  15. Peserta perlu menghantar produk akhir dalam bentuk CD/DVD yang telah siap diterbitkan di dalam format .html., .exe. , .flv. , .mov., .gif., dan lain-lain pada 16 Julai 2010 bersama label kumpulan dan kertas status pengesahan ke alamat berikut :
Fakulti Industri dan Teknologi Maklumat
Universiti Industri Selangor
Kampus Bestari Jaya
Jalan Timur Tambahan
45600 Bestari Jaya
Selangor Darul Ehsan
 
Semua penyertaan mestilah dihantar sebelum atau selewat-lewatnya pada 16 Julai 2010.
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Azhar (012 2790702) atau Cik Nur Nahdiah (091 6261404) atau emelkan ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it