Pertandingan Fotografi
TEMA
 
"SELANGOR MENERUSI LENSA"
 
OBJEKTIF
 
  1. Mendedahkan Selangor sebagai salah satu destinasi negeri pelancongan dan perindustrian.
  2. Melalui pertandingan fotografi ini, masyarakat dapat menilai tentang kemajuan, pembangunan infrastruktur dan keindahan Negeri Selangor.
  3. Untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai negeri pelancongan melalui seni fotografi
KATEGORI
 
  1. 13 - 18 tahun
  2. 18 tahun ke atas
 
HADIAH SETIAP KATEGORI
 
Kategori 13 - 18 tahun
Tempat Pertama :: RM 1,500.00 sijil penghargaan & trofi
Tempat Kedua    :: RM 800.00 sijil penghargaan & trofi
Tempat Ketiga    :: RM 500.00 sijil penghargaan & trofi
Saguhati             :: RM 100.00 x 3 sijil penghargaan & trofi
 
Kategori 18 tahun ke atas
Tempat Pertama :: RM 3,000.00 sijil penghargaan & trofi
Tempat Kedua    :: RM 1,500.00 sijil penghargaan & trofi
Tempat Ketiga    :: RM 700.00 sijil penghargaan & trofi 
Saguhati             :: RM 200.00 x 3 sijil penghargaan & trofi
 
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 
  1.  Terbuka kepada semua, kecuali urusetia serta ahli keluarta urusetia Pertandingan Fotografi 2010.
  2. Gambar hendaklah diambil di sekitar Negeri Selangor sahaja.
  3. Menggunakan kamera digital sekurang-kurangnya 8 mega pixel atau kamera analog (filem).
  4. Tiada pengubahsuaian dibenarkan kecuali pengubahsuaian pada brightness/contrast cropping adalah dibenarkan, imej manipulasi tidak dibenarkan sama sekali dan gambar tidak boleh diubah dari imej asal.
  5. Gambar mesti kali pertama dihantar (tidak pernah digunakan untuk mana-mana pertandingan, pameran atau komersil)
  6. Setiap gambar dihantar mestilah disertakan dengan penerangan gambar, tarikh, tahun dan lokasi.
  7. Pengadilan berdasarkan subjek, ketika, komposisi imej, kualiti teknikal, keaslian, kreativiti dan teknik.
  8. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan ke atas barang-barang, hasil seni, model, individu atau objek yang terlibat dalam setiap imej untuk pertandingan ini.
  9. Setiap penyertaan adalah menjadi hak mutlak kepada pihak penganjur untuk digunakan dalam sebarang promosi atau komersil.
  10. Keputusan pengadil adalah muktamad.
 
CARA PENYERTAAN
 
  1.  Gambar yang dihantar hendaklah berukuran 8R (8 x 10 inci) atau (8 x 12 inci) dan dilekatkan di atas mounting board berwarna hitam bersaiz 12 x 14 inci.
  2. Gambar hendaklah disertakan bersama borang pendaftaran, CD yang mengandungai imej digital serta jika menggunakan kamera analog (filem), sertakan bersama negatif/transparensi.
  3. Peserta dibenarkan menghantar tidak melebihi dari 3 keping gambar.
  4. Yuran penyertaan adalah RM10.00 setiap satu borang. (Setiap satu borang tidak melebihi 3 keping gambar)
  5. Untuk pembayaran menerusi deposit tunai dan cek boleh dibayar atas nama FESSTIS. SDN. BHD. Nombor Akaun MAYBANK : 562106227292
  6. Borang hendaklah dihantar sebelum atau selewat-lewatnya pada 1 Jun 2010 ke alamat:
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
Universiti Industri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Satelite UNISEL
Jalan Zikron A 7/A, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-55223560
 
Pegawai untuk dihubungi : En. Afendi Md. Shas (012 3125394)