|
LATAR BELAKANG Pertandingan Kids Art ini adaklah acara tahunan MBPJ bagi menyemarakkan seni kreatif untuk golongan kanak-kanak. Penyertaan adalah terbuka kepada semua kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun. OBJEKTIFPertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti para peserta, dimana ianya melibatkan kemahiran dan pengetahuan dalam menghasilkan karya. TARIKH DAN LOKASI PROGRAM- Pertandingan ini bertemakan "Kanak-kanak dan Budaya" ini diadakan semasa festival berlangsung iaitu pada 14 Jun 2009 pada pukul 2 petang - 4 petang.
- Pertandingan ini akan diadakan di lokasi tapak/booth pameran yang disediakan oleh pihak penganjur.
- Antara aktiviti sampingan yang akan dijalankan ialah persembahan kebudayaan dan teater kanak-kanak, acara Sand Art, acara Magic Art, serta pertandingan seni seramik dimana pertandingan ini terbukan kepada kanak-kanak 5 hingga 10 tahun.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN- Pertandingan Kids Art competition ini terbuka kepada golongan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun sahaja.
-
Hanya 60 penyertaan terawal sahaja yang akan dipilih untuk meyertai pertandingan tersebut. -
Semua bahan dan peralatan akan disediakan oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun peserta boleh membawa peralatan sendiri. -
Bengkel ini akan diadakan selama 2 jam. - Para peserta akan dinilai berdasarkan :
- Kekemasan 40%
- Kreatif 40%
- Penglibatan 20%
-
Pelbagai hadiah disediakan bagi peserta terbaik yang akan dipilih berdasarkan penilaian juri. Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan selepas tamat bengkel tersebut. -
Bengkel ini juga tidak hanya terhad kepada memperkenalkan jenis-jenis motif arca dan seramik sahaja tetapi merangkumi pengenalan kepada peralatan dan bahan yang digunakan serta teknik-teknik membentuk arca dan seramik sebagai sebahagian daripada pengisian pada bengkel ini nanti.
PESERTAPeserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan anak yatim.
|