Perutusan Dato' Menteri Besar Selangor

Perutusan Dato' Menteri Besar Selangor

 


 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah, dengan izian dan Inayah Allah SWT kita ikut serta lagi dalam Festival Sains Teknologi & Inovasi Selangor 2010 (FesSTIS) pada kali ini.  Syabas kepada portfolio Sains Teknologi & Inovasi kerana berjaya menganjurkan FesSTIS buat kali kedua.

Festival ini sangat bermakna dan berguna untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan inovasi serta merangsang dan menggalakkan budaya berkreativiti dan berinovasi dalam kalangan rakyat terbanyak.  Selaras dengan tema yang dipilih pada tahun ini; "Rakyat Kreatif Selangor Inovatif", festival ini padat dengan pelbagai program dan aktiviti yang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Festival ini juga mampu membuka minda rakyat supaya berfikir lebih jauh, yang sekali gus dapat menaikkan nama Negeri Selangor di mata masyarakat dunia.

Kita berusahan sedaya upaya membentuk masyarakat yang peka dengan peningkatan daripada segi teknologi dan inovasi.  Kecanggihan ICT menjadi alat dan keperluan yang penting bagi proses penemuan-penemuan baharu untuk kesenangan rakyat terbanyak.

Akhirulkalam, harapan saya agar FesSTIS'10 terus kekal dalam kalendar aktiviti tahunan Negeri Selangor, manakala rakyat terus menyokong usaha kerajaan demi kepentingan dan manfaat bersama.

 

Wassalam.

 

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

PSM., SPMS., DSAP